29 Januari 2013
Allah dan Tuhan dalam Terjemahan Alkitab
Artikel ini diterjemahkan dari Bahasa Inggeris dari website Krisis & Praxis
Mengapa Tidak Mungkin Menggantikan Allah dengan Tuhan dalam Terjemahan Alkitab
Orang Muslim di beberapa negara lain di dunia (Arab, Afrika Utara, Pakistan dan Indonesia) tiada bantahan dan tidak bimbang akan kemungkinan keliru apabila orang Kristian menggunakan perkataan Allah. Sebaliknya, segolongan orang Muslim Malaysia pula mendakwa mereka keliru; suatu fenomena yang sangat aneh. Pemerhatian ini membuktikan kebenaran kepada andaian bahawa isu Allah ini merupakan isu Melayu buatan dan bukan isu Muslim sebenar. Sebenarnya, bantahan yang dirancang terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Dec 2009 untuk membenarkan Catholic Herald (dan orang Kristian) menggunakan perkataan Allah harus dilihat sebagai manipulasi sinis oleh ahli-ahli politik Melayu untuk mendapatkan undi daripada masyarakat mereka. Continue reading “Allah dan Tuhan dalam Terjemahan Alkitab”