Marilah kita berperkara, demikian firman TUHAN (Yesaya 1:18)
Kesusasteraan polemik yang menyerang kepercayaan Kristian mudah didapati di kebanyakan kedai-kedai buku di Malaysia. Polemik ini mendapat perhatian media ketika institusi pengajian tinggi menganjurkan forum untuk menyebarkan maklumat palsu tentang agama Kristian.
“UiTM Warns Students About The Threat Of Christianity In “Allah And Christology” Seminar
-Gospels are ‘Fake’ as Jesus was ‘Human Slave to Allah’, Don Claims [The Malaymailonline 6 May 2014]
-Books Warning Muslims About ‘Christian Agenda’ Distributed at Allah Forum in University
Namun daripada merasa takut, umat Kristian mengalu-alukan serangan seperti itu kerana ia memberikan peluang kepada orang Kristian untuk menjelaskan iman mereka.
Tetapi dengan tulus hormatilah Kristus sebagai Tuhan dalam hidup kamu. Hendaklah kamu sentiasa bersedia memberikan jawapan kepada sesiapa sahaja yang meminta kamu menjelaskan harapan yang kamu miliki. Tetapi lakukanlah hal itu dengan lemah lembut dan hormat. Hendaklah hati nurani kamu murni, supaya apabila kamu difitnah kerana hidup dengan baik sebagai pengikut Kristus, orang yang memfitnah kamu itu akan menjadi malu (1Petrus 3:15-16).
Walau bagaimanapun, ada orang Islam yang secara ikhlas bertanya soalan mengenai kepercayaan Kristian dalam mencari persefahaman antara agama. Untuk orang-orang Muslim yang ikhlas seperti inilah kami ingin menawarkan “Jawapan Kepada Orang-orang Islam.” Semoga Allah memberkati umat Kristian dan umat Islam di Malaysia dengan persefahaman dan saling menghormati. Continue reading “FAQ: Jawapan Kepada Soalan-Soalan Orang Islam (Dikemas kini)”