Pendahuluan
Ibrani 1:1-3 Setelah pada zaman dahulu Allah berulang kali dan dalam pelbagai cara berbicara kepada nenek moyang kita dengan perantaraan nabi-nabi, maka pada zaman akhir ini Ia telah berbicara kepada kita dengan perantaraan Anak-Nya, yang telah Ia tetapkan sebagai yang berhak menerima segala yang ada…Ia adalah cahaya kemuliaan Allah dan gambar wujud Allah dan menopang segala yang ada dengan firman-Nya yang penuh kekuasaan. Dan setelah Ia selesai mengadakan penyucian dosa, Ia duduk di sebelah kanan Yang Mahabesar, di tempat yang tinggi…
——————-
Kalimat Allah
Keadaan dunia ini selalu berubah.Pada hal yang sebenarnya, yang tiada berubah barang sedikit, iaitu firman Allah yang Maha Mulia itu. Dari zaman ke zaman Allah ta’ala telah menyatakan sifat-sifat-Nya dan kehendak-Nya kepada manusia dengan perantaraan nabi-nabi-Nya itu. Tambahan pula firman Allah itu bukannya satu khabar yang sayup atau tak tentu bunyinya, melainkan firman Allah sudah tersurat dengan tepat and nyata di dalam Al-Kitab yang suci. Di dalam sebahagian Al-Kitab yang digelarkan Kitab Injil itu, ada kenyataan yang lebih ajaib lagi iaitu Firman Allah telah mengambil bentuk kemanusiaan dan masuk ke dalam dunia dalam peribadi Isa Almasih yang tersebut namanya “Kalimat Allah’ (Perkataan Allah). Perkara ini suatu rahsia yang diuraikan di dalam beberapa ayat Kitab Injil, demikianlah maksudnya.
Ia datang kepada milik kepunyaan-Nya, tetapi orang-orang kepunyaan-Nya itu tidak menerima-Nya…Firman itu telah menjadi manusia, dan tinggal di antara kita, dan kita telah melihat kemuliaan-Nya, yaitu kemuliaan yang diberikan kepada-Nya sebagai Anak Tunggal Bapa, penuh kasih karunia dan kebenaran (Yohanes 1:11,14).
Penjelmaan ‘Kalimat Allah’ itu ialah suatu hakikat yang menghairankan. Istilah ‘Kalimat Allah itu bererti bahawa Isa Almasih telah datang untuk mengkhabarkan Firman Allah kepada manusia. Jikalau orang yang telah dilantik Allah menjadi nabi-Nya, bersabda dengan benar dan betul, betapa lagi Ia yang digelar ‘Kalimat Allah’ itu. Marilah kita bersama-sama menyelidik beberapa ayat daripada pengajaran Almasih, ‘Kalimat Allah’ itu.
“Bertaubatlah, sebab Kerajaan Svurrga sudah dekat!”(Matius 4:17)
Dengan perkataan-perkataan ini Isa Almasih memulai pengajaran-Nya kepada bani Israel. Ertinya oleh sebab manusia sekalian sudah berdosa, barang siapa yang mahu masuk ke dalam kerajaan Allah memerlukan keampunan dosa. Oleh sebab dosa menjadi satu kebencian kepada Allah yang Maha Kudus, ‘Kalimat Allah’ itu selalu membidas dosa yang ada di dalam hati manusia, seperti dalam ayat yang berikut ini:-
“Sebab dari dalam, dari hati orang, timbul segala fikiran jahat, percabulan, pencurian, pembunuhan, perzinahan, keserakahan, kejahatan, kelicikan, hawa nafsu, iri hati, hujat, kesombongan, kebebalan. Semua hal-hal jahat ini timbul dari dalam dan menajiskan orang.”
(Markus 7:21-23)
Setakat ini pengajaran Kalimat Allah itu tidak berbeza daripada nabi-nabi yang lain, kerana semuanya sudah bersabda tentang dosa manusia. Tetapi Isa telah datang bukannya hendak mengkhabarkan Firman Allah sahaja, melainkan hendak memperlihatkan Firman itu dengan tingkah-laku-Nya yang suci, seperti nas Alkitab berkenaan dengan Isa Almasih, maksudnya,
“Sungguh, Aku datang; dalam gulungan kitab ada tertulis tentang Aku untuk melakukan kehendak-Mu, ya Allah-Ku” (Ibrani 10:7).
Tambahan pula, serentak dengan ‘melakukan kehendak Allah’ itu bukannya sabda Isa dan kelakuannya sahaja yang akan menggenapkan kehendak Allah yang suci itu, melainkan seperkara yang mustahak sekali dinyatakan dalam ayat yang dibawah ini, iaitu Kalimat Allah’ berkata bahawa Ia telah datang hendak menyediakan dan menyempurnakan suatu jalan selamat untuk orang-orang berdosa. Jalan yang ajaib itu menjadi kemusykilan kepada orang yang kurang faham, iaitu Isa Almasih hendak menyerahkan nyawa-Nya menjadi suatu korban yang berkenan kepada Allah, seperti sabda-Nya sendiri yang maksudnya:-
“Karena Anak Manusia juga datang bukan untuk dilayani, melainkan untuk melayani dan untuk memberikan nyawa-Nya menjadi tebusan bagi banyak orang.(Markus 10:45).
“Kemudian mulailah Yesus mengajarkan kepada mereka, bahwa Anak Manusia harus menanggung banyak penderitaan dan ditolak oleh tua-tua, imam-imam kepala dan ahli-ahli Taurat, lalu dibunuh dan bangkit sesudah tiga hari” (Markus 8:31).
“Akulah gembala yang baik.Gembala yang baik memberikan nyawanya bagi domba-dombanya; Akulah gembala yang baik. Gembala yang baik memberikan nyawanya bagi domba-dombanya;…Tidak seorangpun mengambilnya daripada-Ku, melainkan Aku memberikannya menurut kehendak-Ku sendiri. Aku berkuasa memberikannya dan berkuasa mengambilnya kembali. Inilah tugas yang Kuterima daripada Bapa-Ku”(Yohanes 10:11, 18).
Ada juga banyak ayat yang lain lagi yang bersetuju dengan tiga ayat tersebut yang menyatakan bahawa maksud yang paling besar dalam penjelmaan Kalimat Allah itu ialah hendak menyempurnakan kehendak Allah.
Maka kehendak Allah itu disempurnakan sehabis-habis sampai tiada terhingga lagi tatkala Kalimat Allah sudah menyerahkan nyawa-Nya di kayu salib itu.
“Dan karena kehendak-Nya inilah kita telah dikuduskan satu kali untuk selama-lamanya oleh persembahan tubuh Yesus Kristus…Sebab oleh satu korban saja Ia telah menyempurnakan untuk selama-lamanya mereka yang Ia kuduskan…Jadi apabila untuk semuanya itu ada pengampunan, tidak perlu lagi dipersembahkan korban karena dosa”(Ibrani 10:10-18).
“Akan tetapi Allah menunjukkan kasih-Nya kepada kita, oleh karena Kristus telah mati untuk kita, ketika kita masih berdosa (Roma 5:8).”
Di dalam Kitab Injil beratus-ratus ayat bersetuju menyaksikan bahawa Almasih itu sudah mati sebagai korban di-kayu salib. Tambahan pula, di dalam Taurat dan Zabur segala nabi telah meramalkan kematian Isa Almasih seperti rahsia yang mereka sendiri kurang faham, seperti kata Rasul Petrus demikian:
“Keselamatan itulah yang diselidiki dan diteliti oleh nabi-nabi, yang telah bernubuat tentang kasih karunia yang diuntukkan bagimu. Dan mereka meneliti saat yang mana dan yang bagaimana yang dimaksudkan oleh Roh Kristus, yang ada di dalam mereka, yaitu Roh yang sebelumnya memberi kesaksian tentang segala penderitaan yang akan menimpa Kristus dan tentang segala kemuliaan yang menyusul sesudah itu”(1 Petrus 1:10-11).
Ertinya nabi-nabi purba kala itu, diilhamkan Allah menulis beberapa perkara yang akan disampaikan dalam kematian Isa Almasih, sungguh pun nabi-nabi itu sendiri tidak boleh mengerti rahsia yang dalam itu. Tetapi kemudian daripada korban Almasih itu, barulah hamba-hamba Allah mengerti perkara-perkara yang tersurat beratus-ratus tahun terdahulu itu, seperti di-khabarkan oleh Rasul Petrus demikian:-
“Hai orang-orang Israel, dengarlah perkataan ini: Yang aku maksudkan, ialah Yesus dari Nazaret, seorang yang telah ditentukan Allah dan yang dinyatakan kepadamu dengan kekuatan-kekuatan dan mujizat-mujizat dan tanda-tanda yang dilakukan oleh Allah dengan perantaraan Dia di tengah-tengah kamu, seperti yang kamu tahu. Dia yang diserahkan Allah menurut maksud dan rencana-Nya, telah kamu salibkan dan kamu bunuh dengan tangan bangsa-bangsa derhaka.Tetapi Allah membangkitkan Dia dengan melepaskan Dia daripada sengsara maut, karena tidak mungkin Ia tetap berada dalam kuasa maut itu”(Kisah Para Rasul 2:22-25).
Hai pembaca yang terhomat, sila perhatikan perkara-perkara ini! Kematian Isa Almasih sebagai korban yang sempurna kerana dosa manusia itu ditelaahkan oleh nabi-nabi Tuhan sejak zaman ke zaman sebagai suatu rahsia. Kemudian, Kalimat Allah itu sendiri mengajar banyak kali bahawa Ia mesti mati sebagai korban, dan dalam pengajaran-Nya rahsia itu telah dihuraikan. Setelah Isa Almasih mati tersalib, Rasul Petrus telah mengakui seperti ayat-ayat di atas, iaitu dengan takdir dan pengetahuan Allah, Almasih itu telah mati sebagai korban. Akan tetapi, sampai hari ini juga ada beberapa orang yang berani mendustakan pengakuan nabi-nabi Tuhan, dan pengakuan Kalimat Allah sendiri, dan kesaksian segenap Alkitab (iaitu Taurat, Zabur dan Injil) serta berkata ‘Almasih itu tidak mati tersalib!’ Di dalam risalah yang kecil ini kami tidak dapat melanjutkan semua bukti yang membuktikan kematian Isa Almasih itu, tetapi marilah kita nerenungkan hal ini. Bolehkah nabi-nabi Tuhan itu berbohong atau merekakan sabdanya?Tidak sekali-kali. Bolehkah ‘Kalimat Allah’ membawa khabar dusta kepada manusia dengan Nama Allah? Mustahil! Mahukah rasul-rasul Almasih itu bersaksi yang palsu dan mati dengan sengsaranya oleh sebab kemarahan orang Yahudi itu? Mana boleh!
Akan tetapi, khabar dari hal kematian Isa Almasih pada kayu salib itu sungguh pun dibuktikan dengan jelasnya, menjadi hampa dan tidak berguna kepada seorang pun jikalau Almasih tiada dibangkitkan pula dari antara orang-orang mati! Tetapi dalam kesaksian Rasul Petrus diatas tadi, ia telah berkata,
“Tetapi Allah membangkitkan Dia dengan melepaskan Dia dari sengsara maut, karena tidak mungkin Ia tetap berada dalam kuasa maut itu” (Kisah Para Rasul 2:24).
Dan suatu ayat lagi yang bersambung dengan ayat di atas, maksudnya,
“Yesus inilah yang dibangkitkan Allah, dan tentang hal itu kami semua adalah saksi”(Kisah Para Rasul2:32).
Dan lagi Rasul Paulus bersaksi,
“Kristus telah mati karena dosa-dosa kita, sesuai dengan Kitab Suci, bahawa Ia telah dikuburkan, dan bahawa Ia telah dibangkitkan pada hari yang ketiga, sesuai dengan Kitab Suci;…Sesudah itu Ia menampakkan diri kepada lebih dari lima ratus saudara sekaligus; (1 Korintus 15:3-4).
Jika demikian dengan kematian dan kebangkitan Almasih itu, apakah maksudnya? Suatu ayat yang lain lagi menerangkan faedah dan akibat khabar tersebut itu, demikianlah maksudnya.
“Karena itu Ia sanggup juga menyelamatkan dengan sempurna semua orang yang melalui Dia datang kepada Allah. Sebab Ia hidup senantiasa untuk menjadi Pengantara mereka” (Ibrani 7:25).
Ertinya, dengan takdir dan pengetahuan Allah, Isa Almasih itu telah turun ke dunia, serta menjelma menjadi manusia dengan maksud menyerahkan nyawa-Nya menjadi suatu korban yang sempurna di atas kayu salib itu kerana dosa-dosa manusia, kemudian Ia telah dibangkitkan pula dan telah naik kembali ke syurga. Disitu, ‘Kalimat Allah’ itu sekarang ada, seorang Penyelamat atau Pengantara, yang sentiasa hidup menjadi wakil orang berdosa.Inilah satu-satunya jalan selamat yang sempurna, seperti yang terdapat dalam ayat lain, ertinya.
“Sebab juga Kristus telah mati sekali untuk segala dosa kita, Ia yang benar untuk orang-orang yang tidak benar, supaya Ia membawa kita kepada Allah; Ia, yang telah dibunuh dalam keadaan-Nya sebagai manusia, tetapi yang telah dibangkitkan menurut Roh”(1 Petrus 3:18).
Tujuh ratus tahun sebelum penjelmaan Isa Almasih itu, seorang Nabi yang termasyhur, Nabi Yesaya, telah bersabda demikian,
“Demikianlah firman-Ku yang keluar dari mulut-Ku: ia tidak akan kembali kepada-Ku dengan sia-sia, tetapi ia akan melaksanakan apa yang Kukehendaki, dan akan berhasil dalam apa yang Kusuruhkan kepadanya”(Surat Nabi Yesaya 55:11).
Jikalau demikian kiranya tentang Firman Allah oleh lidah seorang nabi-Nya, betapa lebih lagi Firman Allah yang disampaikan kepada manusia oleh Ia yang tersebut nama-Nya ‘Kalimat Allah’. Oleh sebab kehendak Allah disempurnakan oleh Isa Almasih, barulah manusia yang berdosa dapat diampuni serta didamaikan dengan Allah. Hanya tertinggal bahagian kita masing-masing iaitu bertaubat dengan tulus hatinya, mengaku dosa dan berbalik daripada dosa itu dan dengan gembiranya menerima keselamatan yang disempurnakan oleh korban Isa Almasih, Kalimat Allah.
Pengarang: Tanpa Nama
p/s Feel free to circulate this short and simple article