Kesusasteraan polemik yang menyerang kepercayaan Kristian mudah didapati di kebanyakan kedai-kedai buku di Malaysia. Namun daripada merasa takut, umat Kristian mengalu-alukan serangan seperti itu kerana ia memberikan peluang kepada orang Kristian untuk menjelaskan iman mereka.
Tetapi dengan tulus hormatilah Kristus sebagai Tuhan dalam hidup kamu. Hendaklah kamu sentiasa bersedia memberikan jawapan kepada sesiapa sahaja yang meminta kamu menjelaskan harapan yang kamu miliki. Tetapi lakukanlah hal itu dengan lemah lembut dan hormat. Hendaklah hati nurani kamu murni, supaya apabila kamu difitnah kerana hidup dengan baik sebagai pengikut Kristus, orang yang memfitnah kamu itu akan menjadi malu (1Petrus 3:15-16).
Lebih penting lagi, ada orang Islam yang secara ikhlas bertanya soalan mengenai kepercayaan Kristian dalam mencari persefahaman antara agama. Untuk orang-orang Muslim yang ikhlas seperti inilah kami tawarkan, “Jawapan Kepada Soalan-Soalan Orang Islam”. Semoga Allah memberkati umat Kristian dan umat Islam di Malaysia dengan persefahaman dan saling menghormati.
FAQ: JAWAPAN KEPADA SOALAN-SOALAN ORANG ISLAM Continue reading “Jawapan Kepada Soalan-Soalan Orang Islam”