Keadaan dunia ini selalu berubah. Pada hal yang sebenarnya, yang tiada berubah barang sedikit, iaitu Firman Allah yang Maha Mulia itu. Dari zaman ke zaman Allah ta’ala telah menyatakan sifat-sifat-Nya dan kehendak-Nya kepada manusia dengan perantaraan nabi-nabi-Nya itu. Tambahan pula, Firman Allah itu bukannya satu khabar yang sayup atau tak tentu bunyinya, melainkan Firman Allah sudah tersurat dengan tepat and nyata di dalam Al-Kitab yang suci. Di dalam sebahagian Al-Kitab yang digelarkan Kitab Injil itu, ada kenyataan yang lebih ajaib lagi, iaitu Firman Allah telah mengambil bentuk kemanusiaan dan masuk ke dalam dunia dalam peribadi Yesus Kristus yang tersebut namanya Firman Allah. Penjelmaan Firman Allah itu ialah suatu hakikat yang menghairankan. Perkara ini suatu rahsia yang diuraikan di dalam beberapa ayat Kitab Injil. Demikianlah maksudnya:
Dia datang kepada milik-Nya sendiri, tetapi milik-Nya tidak menerima-Nya…Firman itu menjadi manusia dan hidup dalam kalangan kita. Kita telah melihat kemuliaan-Nya sebagai Anak Tunggal yang datang daripada Bapa, penuh dengan kasih kurnia dan kebenaran (Yohanes 1:11, 14). Continue reading “Yesus Kristus Adalah Firman Allah (Yohanes 1:1, 14)”